Cari @ Amanz

Setelah WordPress memperkenalkan aplikasi blog mudah-alih mereka untuk hampir semua platform, kini Blogger mengikut jejak mereka, dimana kini Blogger memperkenalkan aplikasi Blogger untuk Android, membolehkan para pengguna Blogger mengemaskini blog mereka dengan mudah secara terus melalui perantian Android mereka.

Melalui aplikasi Blogger untuk Android yang boleh dimuat-turun secara percuma, para pengguna boleh mengakses lebih daripada satu akaun dan blog dengan mudah, serta mengemaskini artikel dengan turut menambah label dan sebagainya sama seperti pada web seperti biasa. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh berkongsikan sesuatu, termasuk gambar dan lokasi ke Blogger dengan mudah melalui Android.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat aplikasi Blogger untuk beberapa platform lain. Namun begitu, masih tiada sebarang makluman rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd