Nokia Mungkin Umumkan Sokongan Windows Phone?

Nokia Mungkin Umumkan Sokongan Windows Phone?

Diterbitkan pada Feb 5, 2011 oleh .

Mungkin populariti Nokia semakin berkurangan akhir-akhir ini, dan Nokia dijangka akan mengubahnya, dimana kini Nokia dijangka akan membuat pengumuman besar pada 11 Februari 2011 ini. Buat masa ini, ianya tidak pasti apakah yang akan diumumkan, namun ianya diura-urakan yang mana Nokia akan mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Microsoft.

Ianya juga dikatakan yang mana Nokia akan mula menggunakan Windows Phone sebagai platform mudah-alih mereka. Namun ianya tidak pasti lagi. Nokia buat masa ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaannya, namun ianya dijangka mengumumkan kerjasama strategik bersama-sama dengan Microsoft.

Seperti sedia maklum, Symbian yang dibangunkan oleh Nokia tidak menerima impak yang besar dalam dunia telefon pintar, selain pada masa yang sama mereka membangunkan sistem operasi untuk telefon pintar dan tablet, dipanggil MeeGo, dengan bekerjasama bersama Intel dan AMD.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat ura-ura, dengan tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak. Mungkin lebih banyak informasi berkaitan akan muncul apabila tarikh 11 Februari makin hampir. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN