Carian
Saluran Pembangun Windows Phone 7 Diperkemaskini
February 5, 2011 Aman

Semua sedia maklum yang mana kemaskini Windows Phone 7 akan diperkenalkan tidak lama lagi, berkemungkinan besar seawal 7 Februari ini. Walaupun masih tiada tarikh pasti buat masa ini, Microsoft telah pun mula memperkenalkan kemaskini tersebut kepada saluran pembangun, memperlihatkan lagi yang ianya akan dilepaskan tidak lama lagi.

Melalui kemaskini Windows Phone 7 kelak, salah satu fungsi baru yang akan dibawakan adalah fungsi Copy/Paste yang dinantikan oleh para pengguna sistem operasi terbaru daripada Microsoft itu. Selain daripada itu, pelbagai fungsi baru mungkin diumumkan oleh Microsoft tidak lama lagi, selain turut membawakan peningkatan pada prestasi dan sebagainya.

Komen