Cari @ Amanz

Facebook yang diperkenalkan buat pertama kalinya di Universiti Harvard pada 2004 yang lalu kini telah menjadi suatu fenomena yang besar diseluruh dunia, selain turut difilemkan kisahnya, dan Mark Zuckerberg sendiri telah menjadi individiu pilihan tahunan oleh Majalah Time.

Buat masa ini, Facebook sedang menghampiri angka 600 juta pengguna, dimana, para pengguna Facebook di Malaysia sedang menghampiri angka 10 juta. Facebook sememangnya telah menjadi salah satu destinasi utama para pengguna tempatan, dimana kini Facebook menduduki taktha pertama, laman web paling popular di Malaysia dan dunia.

Selain daripada itu, penambahan Facebook Messages yang baru, membolehkan para pengguna menerima emel terus pada Facebook, selain ianya juga kini diperkatakan yang mana Facebook sedang menguji panggilan video pada laman mereka.

Tahun 2011 mungkin akan melihat Facebook terus berkembang maju, dan mungkin banyak syarikat akan diambil-alih dan dibeli oleh mereka, dalam usaha untuk mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti dan berkebolehan tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd