NetXpert Bakal Memperkenalkan Komik Dalam Talian

NetXpert Bakal Memperkenalkan Komik Dalam Talian

Diterbitkan pada Feb 6, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang sudah kenali akan NetXpert, iaitu syarikat disebalik laman sosial tempatan, MyFriends2U. Menariknya, selain daripada laman sosial, pihak Netxpert juga bakal memperkenalkan sebuah produk baru, iaitu komik dalam talian dengan nama WuuhuuOnline.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan dan bakal dilancarkan seawal bulan Mac ini. Melalui laman tersebut, para pengguna boleh mengikuti pelbagai komik tempatan dan antarabangsa secara terus melalui desktop, selain turut disediakan aplikasi untuk iPhone dan iPad.

Melalui aplikasi iPhone dan iPad, ianya bakal membawakan pelbagai efek, sama seperti anda membaca komik yang sebenar, dengan efek untuk menukar halaman dan yang lain-lain.


Aplikasi Prototaip WuuhuuOnline

Selain daripada WuuhuuOnline ini, pihak Netxpert juga seperti sedia maklum dalam proses membangunkan aplikasi sosial MyFriends2U untuk para pengguna BlackBerry yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Mungkin banyak lagi produk menarik kita boleh lihat daripada mereka sepanjang tahun ini.


TIPS & ULASAN