Cari @ Amanz

Pihak kami tidak pasti sejak bilakah aktifnya ruangan sembang maya (chat) pada 1Malaysia.com, namun begitu, laman tersebut kelihatan aktif, dan para pengguna tidak diperlukan untuk mendaftar akaun 1Malaysia.com untuk menggunakannya, sebaliknya boleh terus mula bersembang dengan mudah dengan hanya memilih nama pengguna, dan mula bersembang dengan rakan yang lain.


Laman Sembang 1Malaysia.com

Laman tersebut juga dipantau oleh salah seorang pentabdir, dalam memastikan para pengguna tidak bersembang akan sesuatu yang tidak senonoh dan sebagainya. Namun begitu, ianya akan lebih berjaya, sekiranya laman sembang tersebut diintegrasikan bersama-sama dengan akaun 1Malaysia.com secara terus. Ianya masih tidak diketahui samaada laman sembang tersebut akan diintegrasikan bersama akaun 1Malaysia.com, ataupun terus dibuka kepada umum, sama seperti sekarang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd