Cari @ Amanz

Nampaknya, kini Mozilla akan turut sama mengikut rentak Google, dengan membangunkan dan mengeluarkan kemaskini pelayar web sumber terbuka mereka, Firefox dengan lebih pantas lagi berbanding sebelumnya. Buat masa ini, Mozilla merancang untuk melepaskan Firefox 4.0, 5.0, 6.0 dan 7.0 sepanjang tahun 2011 ini.

Selain daripada itu, pelbagai fungsi baru juga telah dirancang untuk diperkenalkan bersama-sama dengan pelayar web mereka untuk setiap versi. Mozilla kini merancangan untuk memperkenalkan sedikit demi sedikit fungsi pada setiap fungsi, dan bukannya dengan banyak terus. Buat masa ini, Mozilla dalam persediaan melancarkan Firefox 4.0, yang dijangka akan dilancarkan sebelum penghujung bulan ini.

Daripada pelan perancangan ringkas untuk Firefox, ianya kelihatan yang mana Firefox 5.0 kelak akan membawakan pengurus akaun, antaramuka perkongsian yang ringkas, dan animasi antaramuka, selain sokongan bukan sahaja untuk 32-bit, tetapi lebih daripada itu. Melalui Firefox 6.0 pula, Mozilla merancang untuk mengoptimasikan JavaScript, selain turut memperkenalkan aplikasi web dan sebagainya. Firefox 7.0 pula masih pada perancangan, dan mungkin akan dirancang mengikut teknologi semasa kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd