12 Designs Project Ditangguhkan Sementara

12 Designs Project Ditangguhkan Sementara

Diterbitkan pada Feb 7, 2011 oleh .

Setelah melancarkan tema pertama dibawah 12 Designs Project pada bulan lepas, nampaknya projek tersebut terpaksa ditangguhkan sementara, dimana kini pembangunnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada projek Lokal.my. Selain daripada itu, tema pertama 12 Designs Project juga kini boleh dimuat-turun secara percuma oleh semua pengguna.

Sebelum ini, pembangun 12 Designs Project merancang untuk mengeluarkan tema edisi terhad, satu setiap sebulan, dan dijual dalam angka yang amat terhad, iaitu cuma 12 salinan sahaja. Selain daripada itu, tema kedua 12 Designs Project juga telah diperlihatkan sebelum ini, namun ianya tidak berkesempatan untuk dilancarkan oleh pembangunnya.

Buat masa ini, pembangunnya sedang bergiat dalam pembangunan dan pelancaran versi akhir Lokal.my, iaitu laman iklaneka tempatan dengan bercirikan minimalis. Versi akhir Lokal.my dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada para pengguna.


TIPS & ULASAN