Cari @ Amanz

Apple sebelum ini telah pun memperkenalkan Mac App Store dalam usaha memudahkan para pengguna memuat-turun aplikasi dan perisian terus ke perantian Mac OS X mereka. Kini, ianya mula diperkatakan yang mana Apple merancang untuk menghapuskan perisian dalam bentuk fizikal, sekaligus beralih kepada bentuk digital sepenuhnya.

Ianya masih lagi pada peringkat ura-ura dan masih tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini. Perkara ini juga mungkin salah satu cara untuk Apple mengetengahkan produk Mac App Store mereka, selain turut sama membuat keuntungan melaluinya. Pada masa yang sama, produk fizikal juga mengambil ruangan yang besar dikedai dan sebagainya, yang mungkin digunakan oleh Apple untuk mempromosikan gajet-gajet lain yang lebih berharga.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui adakah ianya akan berjaya sepenuhnya, memandangkan belum semua pembangun mula menggunakan Mac App Store sepenuhnya. Antara aplikasi popular seperti Adobe Photoshop, InDesign dan Microsoft Office, masih lagi belum boleh didapati melalui Mac App Store buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd