Cari @ Amanz

Oh! Media, salah satu rangkaian blog terkemuka di Malaysia, kini dijangka akan memperkenalkan radio dalam talian mereka sendiri, dengan nama Oh! Media FM tidak lama lagi. Melaluinya kelak, laman Oh! Media FM juga turut sama dijangka akan menyediakan fungsi sembang, selain fungsi radio dalam talian dan sebagainya.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui, bila manakah Oh! Media FM akan dilancarkan secara rasminya. Namun begitu, daripada pengumuman yang dibuat oleh pihak Oh! Media, ianya seperti tidak lama lagi, dan mungkin perkara ini akan menjadikan industri radio dalam talian bergiat lebih aktif, serta memberikan saingan yang sihat kepada radio-radio utama yang lain.

Mungkin juga kita boleh nantikan sebuah slot yang membincangkan berkenaan berita IT dan sebagainya, selain daripada permintaan lagu dan berita hiburan yang lain melalui radio dalam talian – Oh! Media FM kelak. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd