Sebelum ini, seperti sedia maklum, Facebook telah pun memperkenalkan fungsi komen masa-nyata pada laman web mereka, membolehkan para pengguna mengikuti sesuatu perbualan dengan mudah. Kini, secara rasminya, Facebook mengesahkan yang mana fungsi tersebut boleh digunakan oleh semua pengguna pada rangkaian sosial terkemuka itu.
Dengan fungsi komen masa-nyata ini, para pengguna boleh mengikuti perkembangan komen pada status, wall-posts dan sebagainya di Facebook dengan mudah, tanpa perlu untuk membuka halaman tersebut semula seperti dulu. Selain daripada itu, ianya juga turut sama mengurangkan masa untuk membalas kembali komen rakan anda, dan menjadikan komunikasi lebih cepat dan pantas.
Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan sihat platform komen Facebook ini, dimana sebelum ini, ianya diura-urakan yang mana Facebook bakal memperkenalkan platform komen pihak ketiga seperti Intense Debate dan Disqus, dimana lebih dioptimasikan berbanding apa yang ditawarkan kepada pihak ketiga buat masa ini.