Sebelum ini, Google telah melancarkan Priority Inbox pada GMail, membolehkan anda membaca emel-emel penting dengan mudah. Kini, fungsi Priority Inbox ini turut diperkenalkan untuk para pengguna mudah-alih, sekaligus memudahkan lagi anda mengikuti emel melalui perantian mudah-alih anda.
Sebelum ini, Priority Inbox hanya ditawarkan untuk pengguna desktop dan juga para pengguna GMail untuk Android sahaja. Kini, semua pengguna perantian mudah-alih dengan pelayar web mesra HTML5 sudah boleh menggunakan fungsi ini dengan mudah.
Walaubagaimanapun, anda masih diperlukan untuk mengaktifkan fungsi Priority Inbox terlebih dahulu, sebelum dapat menggunakannya pada perantian mudah-alih anda.