Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa laman sosial tempatan, seperti LoveMakan, 1Malaysia.com, dan sebagainya, kini sebuah laman sosial yang baru diperkenalkan, iaitu Isla.my (disebut Islami). Seperti pada namanya, laman sosial ini ditujukan khas untuk komuniti muslim dirantau Asia Tenggara, terutamanya Malaysia.


Antaramuka Laman Isla.my

Sama seperti laman sosial yang lain, Isla.my menyediakan platform untuk para penggunanya berinteraksi dan berhubung sesama ahli yang lain, selain pada masa yang sama, turut boleh membina blog, berkongsi gambar, audio, video dan pelbagai perkara lain lagi.

Pada masa yang sama, pihak pembangun Isla.my juga menyediakan antaramuka khas untuk pengguna perantian mudah-alih, memandangkan perantian mudah-alih kian meningkat penggunaannya dari masa ke semasa buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd