Kini, Nokia sedang dalam dilema untuk perisian mudah-alih mereka, samaada untuk membangunkan Symbian dan MeeGo, atau menjadi pemangkin dengan menggunakan Windows Phone, ataupun menyertai pembangun perantian mudah-alih yang lain dengan menggunakan Android.
Walaubagaimanapun, banyak ura-ura dan laporan mula memperkatakan yang mana Nokia bakal mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Microsoft, dimana mereka bakal menggunakan Windows Phone 7. Buat masa ini, Nokia dilihat seperti semakin kecundang dalam persaingan perantian mudah-alih, selain ura-ura memperkatakan yang mana CEO Nokia bercadang untuk menghentikan pembangunan salah satu sistem operasi, samada Symbian ataupun MeeGo.
Walaubagaimanapun, sekiranya ianya adalah benar, berkemungkinan besar, pembangunan Symbian akan dihentikan, manakala MeeGo yang mendapat sokongan pelbagai pihak dijangka akan kekal. Namun, perkara penghentian Symbian ini tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini, dan masih belum dapat dipastikan kesahihannya.
Nokia dijangka akan membuat pengumuman berkaitan dengan perkara ini pada hari Jumaat ini, yang mana bakal membawakan jawapan kepada pelbagai persoalan yang kini menjadi tanda tanya ramai pihak.