Dengan pembukaan pendaftaran nama domain Nigeria (.ng), Microsoft menjadi antara yang pertama mendaftar nama domain mereka, iaitu Bi.ng. Melalui rekod pendaftaran, ianya dilihat yang mana nama domain http://bi.ng telah didaftarkan pada 4 Februari yang lepas, iaitu pada minggu lepas.
Seperti sedia maklum, sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan URL ringkas mereka yan tersendiri, iaitu Binged.IT yang mana digunakan pada laman perkongsian seperti Twitter dan Facebook. Kini, dengan adanya domain yang lebih ringkas ini, berkemungkinan besar, Microsoft mungkin akan memperkenalkan URL yang lebih ringkas untuk perkongsian sosial kelak. Namun, tiada sebarang berita rasmi berkenaan dengannya.
Selain daripada Microsoft, Google juga turut sama telah mendaftarkan nama domain mereka dengan penghujung .ng, iaitu Googli.ng, mungkin untuk sekadar melindungi nama dan hak cipta mereka.