Carian
Resolusi Skrin iPad 2 Lebih Kurang Sama Seperti Sebelumnya?
February 9, 2011 Aman

Apple kini diperkatakan telah pun mulakan pengeluaran generasi baru iPad mereka yang dijangka akan mula dijual pada bulan April kelak. Melalui iPad generasi baru ini, ianya akan membawakan kamera terbina dengan cip pemprosesan yang lebih pantas daripada sebelumnya.

Selain daripada itu, iPad 2 ini juga diperkatakan yang mana membawakan resolusi skrin yang lebih kurang serupa dengan iPad sebelum ini. Namun begitu, ianya akan lebih ringan dan nipis berbanding sebelumnya, selain turut membawakan cip pemprosesan grafik yang lebih baik.

Seperti sedia maklum, iPad yang diperkenalkan pada tahun lepas, telah membawakan sebuah revolusi baru, dimana kini ramai pesaing mula berlumba-lumba dalam memperkenalkan PC tablet masing-masing.

Buat masa ini, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengan iPad 2, dan pelbagai spesifikasinya masih kekal misteri lagi.

Komen