Dengan lebih 17 juta pengguna, kini TwitPic melangkah setapak kehadapan lagi dengan memperkenalkan sokongan video, dimana selain daripada perkongsian gambar, kini laman TwitPic turut sama membolehkan para penggunanya berkongsi video dengan mudah.
Melalui fungsi baru ini, TwitPic akan menyokong video sehingga 90 saat lamanya melalui servis mereka, membolehkan para pengguna memuat-naik video dengan mudah melalui emel, klien Twitter, ataupun web mereka sendiri.
Sokongan Video Pada TwitPic [via]
Seperti sedia maklum, Twitter telah menjadi salah satu platform utama untuk rujukan berita semasa, selain para penggunanya yang menggunakan platform tersebut untuk perkongsian menarik, dengan gambar dan sebagainya. Dengan perkongsian video ini kelak, mungkin lebih banyak perkara menarik akan dapat dikongsikan dalam masa-nyata kelak.
Selain daripada TwitPic, terdapat beberapa laman dan perkhidmatan lain yang menyediakan fungsi yang lebih kurang serupa dengannya buat masa ini.