Cari @ Amanz

Microsoft Membuang Fungsi Autorun Pada Windows Versi Lama

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang sering disalah-guna pada Windows adalah fungsi Autorun. Menariknya, dalam mempertingkatkan sekuriti, setelah membuang fungsi Autorun daripada Windows 7, kini kemaskini sekuriti terbaru Windows turut membuang fungsi tersebut pada versi Windows sebelum ini.

Sehingga kini, Autorun sering menjadi salah satu perkara yang menghantui para pengguna Windows, terutamanya Windows XP dan Vista, dimana pelbagai jenis virus komputer boleh merebak dengan mudah, dengan hanya sekadar cucuk USB ke komputer sahaja.

Walaubagaimanapun, perkara ini boleh diatasi dengan mudah dengan mengubah sedikit pada Windows registry ataupun memasang aplikasi tambahan. Namun begitu, bukan semua pengguna mengetahuinya, dan kini setelah lebih sedekad, Microsoft menyelesaikan masalah tersebut.

Microsoft, bersama-sama dengan kemaskini ini memperkenalkan pelbagai kemaskini sekuriti yang lain melalui Windows Update. Ianya diperkatakan, Microsoft mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan perkara ini adalah kerana permintaan rakan kerjasama mereka yang menggunakan fungsi tersebut untuk memasang perisian untuk hardware mereka.

Namun begitu, buat masa ini, media-media selain USB, seperti CD dan DVD masih boleh dijalankan secara automatik, memandangkan kebanyakkan virus tersebarnya melalui USB, dan fungsi Autorun pada CD dan DVD masih boleh digunakan seperti biasa.


Komen ()