Windows 7 SP1 Untuk Pengguna TechNet Pada 16 Februari?

Windows 7 SP1 Untuk Pengguna TechNet Pada 16 Februari?

Diterbitkan pada Feb 9, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, kini beberapa sumber mengatakan yang mana Windows 7 SP1 akan boleh dimuat-turun oleh para pengguna umum dalam jangka masa dua minggu lagi, iaitu pada 22 Februari 2011.

Selain daripada itu, ianya juga turut diperkatakan yang mana pengguna TechNet dan MSDN boleh mengaksesnya dengan lebih awal, iaitu seawal 16 Februari 2011 ini. Walaubagaimanapun, perkara ini, masih lagi belum disahkan sepenuhnya oleh Microsoft buat masa ini.

Melalui Service Pack 1 untuk Windows 7, Microsoft bakal membawakan pelbagai kemaskini yang pernah dikeluarkan melalui Windows Update, selain beberapa perkara tambahan, termasuk persekitaran maya melalui RemoteFX. Beberapa versi pembangunan Service Pack 1 untuk Windows 7 telah pun tersebar di beberapa laman internet, membolehkan para pengguna memuat-turun dan mencubanya sebelum ini.

Windows 7 SP1 has been released to manufacturing. Technet/MSDN availability on February 16th, public availability on February 22nd.less than a minute ago via Echofon


TIPS & ULASAN