Cari @ Amanz

Selain daripada ura-ura memperkatakan yang mana Nokia akan mula menggunakan Windows Phone sebagai platform mudah-alih mereka, kini beberapa laporan memperkatakan yang mana Nokia telah pun menghentikan pembangunan telefon pintar pertama yang menggunakan MeeGo, sekaligus membatalkan pelancarannya.

Walaubagaimanapun, perkara ini bukanlah suatu perkara yang besar, memandangkan Nokia sendiri tidak pernah mengumumkan perantian tersebut secara rasminya, dan pelbagai perkara boleh berlaku dalam pembangunan. Pada masa yang sama, Nokia juga dijangka akan memperlihatkan beberapa perantian berasaskan MeeGo yang lain tidak lama lagi.

MeeGo yang mendapat sokongan ramai pihak, termasuk Intel dan AMD sebelum ini dinantikan oleh para pengguna, selain diperkatakan boleh membawa Nokia menyertai saingan dalam pengeluaran telefon pintar dengan keupayaan tinggi. MeeGo merupakan salah satu usahasama yang dibawakan oleh Nokia dan Intel, hasil gabungan platform berasaskan Linux mereka, iaitu Maemo dan Moblin.

Nokia dijangka akan membuat pelbagai pengumuman pada hari Jumaat ini di London, yang mana amat dinantikan oleh ramai pihak, selain daripada peminat dan pengguna setia Nokia. Mungkin kita akan dapat mendengar beberapa laporan berkaitan MeeGo juga pada masa tersebut.


Video sekadar memperlihatkan platform MeeGo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd