Carian
HP Memperlihatkan TouchPad dan webOS 3.0
February 10, 2011 Aman

Mungkin semua masih lagi ingat akan dimana HP telah pun membeli Palm sebelum ini. Kini, HP telah pun mengumumkan beberapa perkara baru berkaitan Palm dan webOS, dimana salah satunya adalah dimana pelbagai perantian webOS kini tidak lagi akan menggunakan penjenamaan Palm seperti sebelumnya.

Pada acara yang diadakan khas oleh HP itu, mereka telah mengumumkan beberapa perantian baru, termasuk tablet dan juga telefon mudah-alih, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan generasi baru webOS, iaitu webOS 3.0.

Tablet daripada HP yang dikenali sebagai TouchPad membawakan sktin sebesar 9.7-inch dengan resolusi 1024×768, cip pemprosesan dual-core 1.2GHz, kamera hadapan 1.3-megapixel, serta didatangkan dalam variasi 16GB dan juga 32GB. TouchPad juga turut sama menyokong panggilan video, multi-tasking dan Flash, dan Skype.

Selain daripada TouchPad, HP juga turut sama memperkenalkan beberapa perantian telefon mudah-alih, termasuk Veer dan juga Pre 3, yang mana ianya menggunakan webOS 2.2. Menariknya, kedua-dua platform sistem operasi ini diintegrasikan bersama, membolehkan anda memindagkan fail-fail media antara satu sama lain, ataupun antara telefon dengan tablet dengan mudah.


TouchPad Keluaran HP


Pre 3 Daripada HP [via]

Pada masa yang sama, HP juga turut sama mengatakan yang mana mereka akan mula menggunakan webOS untuk pelbagai perantian keluaran mereka, termasuk PC dan pencetak, sekaligus menjadikan lebih banyak perantian menggunakan webOS dipasaran. Walaubagaimanapun, informasi berkaitannya masih kurang buat masa ini.

Komen