Meriahkan Perayaan Dengan Modem USB Bersama Rekabentuk Menarik Pada masa kini, salah satu perkara yang sering menjadi perkara utama ketika ingin berjalan jauh adalah akses internet, dimana selain daripada telefon pintar yang dimiliki oleh masing-masing, laptop dan modem USB juga merupakan salah satu perkara utama yang dibawa oleh mereka.
Rekabentuk Terhad Bersempena Tahun Baru Cina
Modem Rekabentuk Terhad
Modem USB seperti telah menjadi salah satu perantian utama yang dimiliki oleh para pemilik laptop pada masa kini. Menariknya, kini Celcom menawarkan diskaun hebat dengan pendaftaran pakej jalur-lebar mudah-alih baru bersama mereka, selain pada masa yang sama memberikan modem USB secara percuma kepada para pengguna. Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, Celcom menawarkan modem yang amat comel sekali dengan lebih 12 rekabentuk berbeza, mengikut simbol-simbol setiap bulan. Semua modem keluaran terhad ini turut sama didatangkan dengan pakej Celcom Broadband yang sama seperti lain.
Selain daripada modem USB, Celcom turut sama menawarkan diskaun hebat dengan pembelian router MiFi, notebook HP, dan netbook HP dengan pendaftaran Celcom Broadband baru beserta kontrak perjanjian selama 12 bulan. Kesemua perantian ini juga didatangkan dengan rekabentuk yang amat menarik dan eksklusif sama seperti modem USB keluaran edisi terhad Celcom.
Perantian Lain Dengan Rekabentuk Terhad
Tidak puas dengan itu, Celcom turut sama menawarkan kuota penggunaan Celcom Broadband lebihan pada harga yang amat rendah sekali. Selain daripada itu, dalam menyambut Tahun Baru Cina, Celcom turut menyediakan beberapa pilihan wallpaper untuk desktop anda, selain anda turut sama boleh merakamkan ucapan Tahun Baru Cina kepada semua secara terus melalui laman Celcom.
Kuota Tambahan Pada Harga Rendah
Singgah ke cawangan Celcom atau BlueCube berhampiran untuk mula melanggan dan menggunakan Celcom Broadband bersama-sama perantian keluaran edisi terhad ini.
Ini adalah iklan Advertorial