Twitter Dalam Perbincangan Awal Pengambil-Alihan

Twitter Dalam Perbincangan Awal Pengambil-Alihan

Diterbitkan pada Feb 10, 2011 oleh .

Sebelum ini, Twitter telah pun menolak beberapa tawaran untuk membeli perkhidmatan tersebut, termasuk daripada Google sendiri. Kini, ianya diperkatakan yang mana Twitter dalam perbincangan awal bersama yang lain, dibawah harga diantara $8 hingga $10 billion.

Ianya tidak diketahui yang mana siapakah yang menawarkan untuk membeli Twitter, dan pada masa yang sama, adakah Twitter berminat untuk menjual perkhidmatan dan laman mereka kepada pihak yang lain.

Twitter yang menawarkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara dalam 140 aksara telah menjadi salah satu platform utama dimana berita dan pelbagai informasi berguna dikongsikan. Malah, ianya juga telah menjadi salah satu platform utama, dimana berita diketahui terlebih dahulu sebelum yang lain.

Ianya berkemungkinan besar, Twitter masih belum bersedia untuk menjualkan dirinya, selain pada masa yang sama, dibawah CEO baru, Twitter kini sedang berusaha menjana pendapatan melalui laman tersebut. Sepanjang 2011, Twitter menjangkakan untuk menjana pendapatan lebih $100 juta melalui perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN