SkyAd Bakal Melancarkan Laman i1More.com

SkyAd Bakal Melancarkan Laman i1More.com

Diterbitkan pada Feb 10, 2011 oleh .

Laman tawaran harian terus popular di Malaysia, apatah lagi dengan pembelian GroupsMore oleh Groupon baru-baru ini. Selain daripada laman tawaran harian sedia ada, SkyAd, salah satu penyedia platform iklan terkemuka di Malaysia turut sama akan menyertai industri tersebut melalui laman i1More.com.


Antaramuka Awal Laman i1More.com

i1More (dibaca : I Want More) masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan masih tidak dilancarkan lagi buat masa ini. Selain daripada itu, i1More akan ditujukan kepada beberapa kawasan di Selangor terlebih dahulu, iaitu Damansara Utama, Subang Jaya, dan juga Jalan Klang Lama ketika pelancarannya kelak.

Pada masa yang sama, i1More turut sama menawarkan tawaran mingguan melalui laman mereka, berbanding tawaran harian yang turut sama akan ditawarkan. Selain daripada itu, i1More menjanjikan akan membawakan sekurang-kurangnya 50 orang pelanggan kepada syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka, dan sekiranya ianya kurang daripada 50 orang, syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka tidak perlu membayar sebarang perkara kepada i1More.

Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakaha i1More.com milik SkyAd ini akan dilancarkan kepada umum.


TIPS & ULASAN