Pengguna Pelayar Web Mudah-Alih Opera Melangkaui Angka 100 Juta

Pengguna Pelayar Web Mudah-Alih Opera Melangkaui Angka 100 Juta

Diterbitkan pada Feb 10, 2011 oleh .

Hari ini, secara rasminya Opera Software mengeluarkan angka statistik terkini untuk pengguna Opera Mini dan Opera Mobile, dimana angka pengguna perisian dan aplikasi pelayar web mudah-alih Opera kini telah melangkaui angka 100 juta orang.

Buat masa ini, Opera mengatakan yang mana para pengguna Opera Mini mencapai lebih 90.4 juta orang pengguna, manakala pengguna Opera Mobile pula mencapai lebih 15 juta orang pengguna. Opera walaupun tidak mempunyai ramai pengguna untuk pelayar web desktopnya, pengguna perantian mudah-alih lebih gemar menggunakan Opera Mini dan Opera Mobile pada perantian mereka.

Opera Software juga bakal melancarkan kemaskini terkini untuk aplikasi pelayar web mudah-alih mereka tidak lama lagi, berkemungkinan besar pada Mobile World Congress pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN