Carian
Facebook Mula Memperkenalkan Photo Viewer Baru
February 10, 2011 Aman

Seperti sedia maklum, gambar dan album pada Facebook merupakan salah satu fungsi yang amat diminati oleh para pengguna. Kini, untuk terus menarik minat para pengguna memuat-naik dan aktif menggunakan platform mereka, Facebook mula memperkenalkan Photo Viewer yang baru dan interaktif kepada para pengguna.

LightBox
Photo Viewer Baru Pada Facebook [via]

Buat masa ini, photo viewer yang berasaskan lightbox ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk semua pengguna dapat menggunakannya.

Selain daripada bahagian komen, kebolehan muat-turun gambar beresolusi tinggi dan tag gambar, Facebook juga turut memperlihatkan iklan padanya, dimana kedudukan iklan yang agak strategik, dan sememangnya menarik perhatian para pengguna.

Sepatutnya, buat masa sekarang ini, semua pengguna sudah dapat menggunakannya memandangkan Facebook telah memperlihatkan perkara ini sejak Oktober yang lepas, namun tidak diketahui apakah yang melambatkan proses tersebut. Memandangkan Facebook sudah mula memperkenalkannya, mungkin tidak lama lagi, semua dapat menggunakannya.

Komen