Google Menjadikan Akaun Anda Lebih Selamat

Google Menjadikan Akaun Anda Lebih Selamat

Diterbitkan pada Feb 11, 2011 oleh .

Dengan pelbagai masalah berkaitan sekuriti dan betapa mudahnya sesuatu akaun itu digodam oleh pihak ketiga, kini Google mengambil langkah awal dengan memperkenalkan pengesahan dwi-faktor, dimana melaluinya, anda akan melalui dua fasa ketika log masuk ke akaun Google.


Bagaimana Pengesahan Dwi-Faktor Berfungsi

Buat masa ini, ianya sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan apabila ianya telah diperkenalkan kepada semua pengguna, fungsi pengesahan dwi-faktor ini akan diaktifkan, dan wajib digunakan oleh semua pengguna.

Pengesahan dwi-faktor ini berfungsi sama seperti apa yang digunakan oleh kebanyakkan perkhidmatan perbankan dalam talian, dimana selepas log masuk ke akaun menggunakan kata laluan seperti biasa, anda akan diminta untuk mengesahkan identiti anda lagi. Untuk pengesahan tersebut, mungkin anda akan diminta untuk memasukkan kod yang dihantar melalui SMS kepada anda, ataupun menggunakan aplikasi Google Authenticator pada sebarang perantian mudah-alih anda.

Kod yang dijana itu hanya akan dapat digunakan untuk beberapa ketika sahaja, sebelum ianya luput. Dengan fungsi ini, ianya menjadikan akaun anda hampir mustahil untuk digodam, ataupun mungkin tidak sama sekali, dan amat berguna sekali pada zaman dimana pelbagai data dikongsikan melalui dalam talian.


TIPS & ULASAN