Setelah memperkenalkan rekabentuk halaman baru untuk profail, kini Facebook membuat perkara sama untuk Facebook Pages, dimana ianya membawakan rekabentuk yang lebih kurang sama seperti rekabentuk profail, serta membawakan beberapa fungsi tambahan menjadikan ianya lebih menarik dan senang dilayari.
Facebook Pages Yang Baru
Selain daripada gambar yang diperlihatkan dibahagian atas, serta navigasi dengan lebih mudah, Facebook Pages yang baru ini membolehkan para pentadbirnya meninggalkan komen dan balasan dengan menggunakan nama sendiri, dan bukan menggunakan nama pentadbir tersebut.
Pada masa yang sama, artikel dan post yang dipaparkan pada Facebook Pages juga telah diubah, dimana ianya disusun mengikut artikel yang menarik terlebih dahulu dan bukan mengikut tarikh dan masa seperti sebelum ini. Mungkin ianya akan sedikit menyukarkan para pemilik untuk berinteraksi dengan pengguna mereka.
Facebook juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak fungsi-fungsi baru pada Facebook Pages dalam bulan-bulan akan datang.