Hari ini, Bloomberg mengeluarkan sebuah laporan baru memperkatakan yang mana Apple kini dalam usaha membangunkan model iPhone yang baru dimana bersaiz lebih kecil dan murah berbanding yang ada dipasaran sekarang. iPhone baru itu juga diperkatakan akan dijual pada harga lebih kurang $200 (~RM608).
iPhone baru yang kecil dan murah ini dijangka akan diperkenalkan oleh Apple pada suku tahun ketiga tahun ini nanti. Selain daripada iPhone kecil ini, Apple juga diperkatakan sedang membangunkan pelbagai teknologi baru untuk perantian mudah-alih mereka.
Antaranya adalah dimana Apple diperkatakan sedang membangunkan teknologi SIM universal, membolehkan para pengguna menukar rangkaian GSM tanpa perlu menukar kad SIM seperti sebelum ini. Selain itu, Apple juga diperkatakan sedang membangunkan teknologi dual-mode, membolehkan para pengguna rangkaian GSM dan CDMA dengan mudah.