Cari @ Amanz

Twitter untuk Android merupakan salah satu aplikasi Twitter yang berkembang dengan pesat, dan merupakan salah satu daripada lima aplikasi paling popular digunakan. Kini, pihak Twitter telah pun mengemaskini aplikasi untuk Android, memberikan lebih banyak fungsi, dan antaramuka yang lebih kurang serupa dengan aplikasi Twitter di platform lain.


Antaramuka Baru Twitter Untuk Android

Salah satu perkara baru pada Twitter untuk Android adalah rekabentuk, dimana ianya membawakan rekabentuk yang serba baru. Selain daripada itu, bebereapa fungsi baru turut diintegrasikan, termasuk kebolehan untuk auto-complete nama pengguna rakan anda yang lain. Selain itu, anda juga boleh mengakses kepada beberapa fungsi, termasuk trend dan carian tanpa perlu log masuk ke akaun anda. Fungsi carian pada Twitter untuk Android turut ditambah-baik berbanding sebelumnya.

Para pengguna Android dengan versi 2.1 atau terkini boleh memuat-turun Twitter versi baru ini secara terus melalui Android Market, dan mula menggunakannya sekarang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd