Setelah memperkenalkan Maxis Movies untuk para pengguna iOS sebelum ini, kini Maxis melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan aplikasi Maxis Movies untuk para pengguna Android. Melaluinya, para pengguna boleh membeli tiket wayang dengan mudah terus daripada perantian mereka.
Maxis Movies merupakan salah satu cara mudah untuk para pengguna membeli tiket wayang tanpa perlu beratur dan melalui suatu proses yang lama. Melaluinya, para pengguna boleh membeli tiket untuk wayang GSC dan TGV secara terus melalui perantian mudah-alih mereka, dan melakukan pembayaran secara terus menggunakan akaun PayPal.
Maxis Movies Pada Android
Selain daripada membeli tiket, para pengguna juga boleh menikmati pelbagai tawaran menarik untuk menonton wayang, selain pada masa yang sama menyemak waktu tayangan, sinopsis filem, serta menonton trailer filem terus daripadanya.
Maxis Movies boleh dimuat-turun oleh pengguna Android secara percuma terus daripada Android Market, dan juga oleh para pengguna iPhone dan iPad terus daripada iTunes.