Cari @ Amanz

RIM Sedang Membangunkan Perisian Untuk Menyokong Aplikasi Android?

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya ura-ura yang kedengaran sebelum ini mungkin benar. Beberapa laporan kini mula memperkatakan yang mana tablet pertama daripada RIM, BlackBerry Playbook kelak akan membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi Android padanya.

Ianya diperkatakan yang mana RIM sedang berusaha untuk mengintegrasikan teknologi tersebut bersama-sama dengan PlayBook, sekaligus membolehkan para pengguna mengakses kepada lebih 130,000 aplikasi yang terdapat untuk Android sekarang ini. Bloomberg memperkatakan yang mana RIM sedang membangunkan perisian untuk menyokongnya, dan dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada pertengahan tahun kedua tahun ini.

Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, semestinya minat para pengguna untuk memiliki BlackBerry PlayBook akan meningkat dengan mendadak, sekaligus bakal membolehkan RIM bersaing dengan Apple dan tablet Android yang lain dengan mudah, memandangkan aplikasi yang ditawarkan oleh BlackBerry App World buat masa ini adalah amat kurang berbanding Apple App Store dan Android Market.


Komen ()