Cari @ Amanz

UberMedia, iaitu syarikat yang telah mengambil-alih UberTwitter dan EchoFon sebelum ini, dan terkini mereka turut sama akan mengambil-alih salah satu klien Twitter yang popular, iaitu TweetDeck. Ianya diperkatakan UberMedia akan membayar antara $25 hingga $30 juta untuk memiliki TweetDeck.

Perkara ini sekaligus menjadikan UberMedia salah satu penyedia klien untuk Twitter yang besar, dengan klien disediakan untuk pelbagai platform, daripada telefon pintar hinggalah ke desktop. Kini, UberMedia mengawal hampir 20% daripada Tweet yang dihantar setiap hari

TweetDeck yang dimulakan sebagai aplikasi untuk desktop berasaskan Adobe Air, turut sama telah memperkenalkan sokongan untuk Android, iOS, Chrome, selain baru-baru ini turut sama mengumumkan perkhidmatan terbaru mereka, Deck.ly.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd