Cari @ Amanz

Nampaknya seperti laman 1Malaysia.com masih tidak menyelesaikan masalah sekuriti mereka, dimana kini ianya telah digodam buat kali yang kedua oleh Devilzc0de. Berbeza dengan sebelum ini, kali ini pihak pengodam meninggalkan mesej berbunyi “Ilmu itu Mahal. Sombong itu tak berharga. Kesombonganmu akan membawa petaka bagimu.”

Ianya tidak diketahui samaada ketika laman 1Malaysia.com berfungsi semula sebelum ini, adakah mereka telah menyelesaikan masalah sekuriti pada pelayan mereka sepenuhnya ataupun tidak. Dengan dua kali digodam berturut-turut oleh pihak yang sama, semestinya ianya akan membawakan sebuah reputasi yang buruk kepada laman 1Malaysia.com.

Buat masa ini, laman sembang 1Malaysia.com masih berfungsi seperti biasa, dan cuma laman sosialnya yang digodam.

Tips daripada Naim Eastbullet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd