Cari @ Amanz

Selain pengangkutan udara di Malaysia menyediakan kebolehan untuk membeli tiket melalui dalam talian, KTMB turut menyediakan perkhidmatan yang sama, dengan membolehkan para penumpang dan pengguna KTM Antarabandar untuk membeli tiket terlebih dahulu melalui dalam talian dengan mudah dan pantas.


Laman Web e-Tiket KTMB

Buat masa ini, pembelian tiket melalui talian ini hanya menyokong pembayaran melalui kad kredit Visa dan Mastercard sahaja, dan mungkin banyak lagi akan ditambah dari masa ke semasa. Selain daripada itu, pengguna hanya boleh membeli tiket sehingga seawal 56 hari dari tarikh penggunaan, dan tidak boleh membeli tiket kurang daripada 48 jam daripada penggunaan.

Selepas menempah dan membuat pembayaran, para pengguna boleh mencetak tiket terus menggunakan pencetak komputer mereka, dan seterusnya menggunakan tiket tersebut sebagai tiket sah. Sekiranya tiada pencetak, anda dikehendaki mengambil angka ID yang dikeluarkan, dan menukarkanya dengan tiket sah pada kaunter KTMB. Buat masa ini, hanya sehingga 6 tempat duduk sahaja yang boleh ditempah melalui dalam talian, dan nilai transaksi minimum adalah RM20.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd