Cari @ Amanz

Apple telah pun memperkenalkan Mac App Store sebelum ini, dan kini ura-ura mula bertiup memperkatakan yang mana iTunes versi Mac kelak akan mengintegrasikan Mac App Store, sekaligus memudahkan para pengguna Mac membeli aplikasi dan perisian terus melalui iTunes, dan bukannya akan beroperasi sebagai aplikasi berasingan seperti sebelum ini.

Apple sebelum ini telah melancarkan Mac App Store, memerlukan para pengguna memuat-turun Mac OS X 10.6.6 untuk menggunakannya, selain angka aplikasi yang dimuat-turun melalui Mac App Store melangkaui angka 1 juta dalam tempoh masa kurang 24 jam.


Mac App Store Pada iTunes? [via]

Kini, sebuah laman yang menjurus mengenai berita Apple, iaitu Slide To Mac menemui logo App Store dengan perkataan “akan datang” pada iTunes, sekaligus ura-ura mula bertiup memperkatakan yang mana Apple akan mengintegrasikan Mac App Store bersama-sama iTunes tidak lama lagi. Memandangkan cara iTunes dan Mac App Store berfungsi adalah serupa, maka ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk diintegrasikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd