GroupsMore Ingin Memperluaskan Perniagaan

GroupsMore Ingin Memperluaskan Perniagaan

Diterbitkan pada Feb 14, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, GroupsMore telah diambil-alih oleh Groupon, dan kini dirujuk sebagai Groupon Malaysia. Buat masa ini, mereka lebih memfokuskan kepada tawaran di sekitar Kuala Lumpur, dan dijangka akan memperluaskannya ke lebih 10 bandar utama di Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Groupsmore

Groupon Malaysia dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan mereka di lebih 10 bandar utama, termasuk di lima negeri, iaitu Kuching, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang. Pada masa yang sama, mereka juga mengharapkan untuk mencapai lebih 300,000 pengguna menjelang penghujung tahun ini, selain turut mendaftarkan lebih 1,000 syarikat menggunakan perkhidmatan mereka.

Untuk menjayakan perkara ini, Groupon Malaysia kini sedang dalam proses untuk mengambil lebih daripada 80 orang untuk bekerja bersama-sama mereka. Buat masa ini, pengguna Groupon Malaysia menghampiri 60 ribu orang pengguna, dengan penjimatan menghampiri angka 1.5 juta.

Selain daripada Groupon Malaysia, MyDeals.com.my turut sedang berkembang dengan sihat, dan telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Yahoo! Malaysia baru-baru ini.


TIPS & ULASAN