Telekom Malaysia dan juga PT XL Axiata TBK serta PT Mora Telematika kini telah pun mengumumkan kerjasama dimana bersama-sama mereka akan membangunkan kabel fiber optik bawah tanah dengan jalur-lebar tinggi sejauh 400km, menghubungkan dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia.
Sistem kabel baru yang dinamakan sebagai Batam-Dumai-Melaka (BDM) itu dijangka akan mula beroperasi mulai suku tahun ke-empat tahun ini, yang mana boleh menyokong trafik internet sehingga lebih 1.8Tbps. Ianya juga direkabentuk dengan kebolehan untuk dinaik-taraf dengan mudah, membolehkan ianya dinaik-taraf kepada lebih tinggi sekiranya permintaan menjadi semakin tinggi dari semasa ke semasa.