Buat masa ini, Twitter ditawarkan dalam 7 bahasa berbeza, dan dalam usaha untuk menawarkannya dalam lebih banyak bahasa, kini Twitter membolehkan sesiapa sahaja menyumbangkan tenaga dalam usaha menterjemaah, melalui Twitter Translation Center.
Buat masa ini, Twitter mencari pengguna untuk menterjemaah perkhidmatan mereka kepada bahasa Indonesia, Perancis, Jerman, Korea, Itali, Russia, Sepanyol dan juga Turki. Twitter juga dijangka akan menyokong lebih banyak bahasa lain lagi dari semasa ke semasa.
Melalui laman tersebut, pengguna boleh log masuk menggunakan akaun Twitter mereka, dan mula menyumbangkan tenaga mereka dalam menterjemaah beberapa perkataan, sekaligus menjadikan proses menterjemaah lebih pantas lagi. Anda juga boleh mengikuti @Translator untuk mengikuti perkembangan semasa yang lain berkaitan proses penterjemaahan Twitter.