Pengguna IE9 RC Akan Dikemaskini Ke Versi Akhir Secara Automatik

Pengguna IE9 RC Akan Dikemaskini Ke Versi Akhir Secara Automatik

Diterbitkan pada Feb 15, 2011 oleh .

Nampaknya, seperti Microsoft mengikut jejak pembangun pelayar web yang lain, dengan memperkenalkan fungsi kemaskini automatik, dimana para pengguna yang memuat-turun dan menguji Internet Explorer 9 RC kelak akan dikemaskinikan kepada versi terkini secara automatik setelah versi akhirnya dilepaskan.

Sebelum ini, sekiranya ingin mengemaskini sesuatu aplikasi kepada versi yang baru, para pengguna perlu melalui pelbagai langkah yang mengambil-masa, dan sedikit menyusahkan pengguna. Perkara ini mungkin tidak lagi menjadi masalah pada masa depan kelak.

Ianya kini diketahui yang mana para pengguna yang telah memuat-turun dan menggunakan Internet Explorer 9 RC, kelak akan dikemaskinikan secara automatik kepada versi akhir apabila ianya dilancarkan secara rasmi. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui, samaada ianya akan dikemaskini secara automatik seperti pada Google Chrome, ataupun akan melalui kemaskini melalui Windows Update.


TIPS & ULASAN