Ubah Idea Sosial Media Anda Kepada Realiti Pada Facebook Developer Garage

Ubah Idea Sosial Media Anda Kepada Realiti Pada Facebook Developer Garage

Diterbitkan pada Feb 15, 2011 oleh .

Dalam menyemarakkan lagi usaha pembangunan aplikasi Facebook oleh pembangun tempatan, kini mereka disebalik UrekaWeekend, bersama-sama dengan Facebook Malaysia membawakan Facebook Developer Garage yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Februari ini.

Melalui program Facebook Developer Garage ini, para pembangun akan mempelajari segalanya berkaitan platform Facebook daripada para pembangun Facebook sendiri, dan menariknya, program ini disediakan secara percuma.

Facebook Developer Garage ini akan mendidik para pembangun dalam membangunkan aplikasi Facebook mereka, dimana melalui acara tiga hari ini, pelbagai aktiviti akan diadakan, dimana para pesertanya akan membangunkan pelbagai prototaip, dan kelak akan mempersembahkannya kepada umum pada hari yang terakhir. Prototaip dan aplikasi Facebook yang menarik, kelak akan dianugerahkan RM2,500 dalam meneruskan pembangunan projek Facebook mereka.

Facebook Developer Garage juga mendapat sokongan daripada Tandemic, iaitu salah satu agensi konsultan tempatan berkaitan rangkaian media sosial. Facebook Developer Garage juga merupakan salah satu daripada 30 program yang disokong sepenuhnya oleh Facebook dan Intel pada tahun lepas.

Para peserta yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada laman rasmi Facebook Developer Garage Kuala Lumpur, yang mana akan diadakan di Institut APIIT di Bukit Jalil.


TIPS & ULASAN