Cari @ Amanz

Selain daripada ura-ura berkaitan dengan iPhone versi mini, kini ianya turut kedengaran yang mana Apple kini sedang menguji lebih tiga prototaip berbeza untuk iPhone generasi akan-datang, yang mana salah satunya menyertakan papan kekunci boleh luncur padanya.


Gambar Hiasan [via]

Walaubagaimanapun, ianya agak sukar dipercayai, memandangkan Steve Jobs lebih gemarkan papan kekunci atas skrin berbanding papan kekunci fizikal, kerana ianya lebih mudah diserasikan dengan aplikasi-aplikasi lain dengan mudah. Lagi-lagi, sebelum ini, ianya pernah diperkatakan yang mana iPhone ingin membuang butang “Home” padanya, dan mungkin tidak sama sekali Apple ingin menambah papan kekunci fizikal.

Selain daripada itu, Apple juga diperkatakan sedang menguji prototaip lain yang membawakan beberapa peningkatan daripada iPhone 4, termasuk bateri yang lebih tahan lama, dan kamera yang dinaik-taraf. Jikalau ianya diperkenalkan, ianya kelak akan menjadi seperti apa iPhone 3GS diperkenalkan, dimana membawakan kemaskini untuk iPhone 3G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd