Sebelum ini, pelbagai ura-ura telah kedengaran berkaitan dengan pembangunan telefon pintar Facebook oleh HTC. Menariknya, kini gambar-gambar awal untuk dua perantian Facebook daripada HTC mula kelihatan masing-masing dipanggil HTC ChaCha dan HTC Salsa.
Kedua-dua perantian ini menggunakan Android 2.4 sebagai sistem operasi mereka, dimana HTC ChaCha membawakan skrin seluas 2.6inch dengan papan kekunci QWERTY fizikal, manakala HTC Salsa pula membawakan skrin sentuh seluas 3.4i-inch.
HTC dikatakan telah bekerjasama bersama-sama dengan pihak Facebook untuk beberapa tahun, dimana fungsi sosial Facebook telah diintegrasikan sepenuhnya pada telefon tersebut. Para pengguna boleh terus berkongsi sebarang gambar yang dirakamkan dengan tekan pada butang logo “F”, dimana ianya akan dikongsikan secara automatik ke Facebook mereka. Selain daripada itu, butang “F” tersebut juga boleh digunakan untuk berkongsi pelbagai perkara yang lain.
HTC Salsa [via]
HTC ChaCha [via]
Kedua-dua perantian ini dijangka akan mula dijual pada suku tahun kedua tahun ini, dimana harganya masih belum diketahui lagi buat masa ini.
Tips daripada @Obefiend. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emelkan kepada media(a)amanz.my