Opera Software, hari ini memperkenalkan nama kod untuk pelayar web Opera versi 11.10, yang mana akan dikenali sebagai Barracuda. Apa yang menariknya mengenai perkara ini, adalah dimana kini Opera mula menggunakan nama kod untuk setiap versi mereka, dan ianya adalah kali pertama mereka menggunakannya.
Selain daripada nama kod, Opera tidak memperkenalkan apa-apa fungsi baru yang akan dibawakan olehnya. Namun begitu, memandangkan mereka menggunakan nama kod Barracuda, semestinya kita akan dapat melihat peningkatan kelajuan dan prestasi pelayar web Opera ke tahap yang satu lagi kelak. Versi pembangunan pertama Opera 11.10 Barracuda dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.