Lebih Banyak Telefon Facebook Akan Diperkenalkan Tahun Ini

Lebih Banyak Telefon Facebook Akan Diperkenalkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 15, 2011 oleh .

Awal hari ini, HTC telah memperkenalkan dua perantian mudah-alih yang mana menjurus ke arah memudahkan para pengguna Facebook bersosial. Menariknya, kini diketahui yang mana bukan itu sahaja perantian yang memfokuskan Facebook, malah lebih banyak perantian yang mengintegrasikan Facebook akan diperkenalkan sepanjang tahun ini.

Sepanjang tahun ini, pelbagai perantian mudah-alih, terutamanya telefon pintar akan dapat dilihat, yang mana membawakan pengintegrasian sosial sepenuhnya. Selain daripada itu, mungkin kita juga akan dapat melihat pelbagai fungsi baru pada Facebook, termasuk panggilan suara dan video yang diintegrasikan padanya, memudahkan lagi para pengguna Facebook berhubung antara satu sama lain.


TIPS & ULASAN