Android IceCream Akan Menyokong Telefon Dan Tablet?

Android IceCream Akan Menyokong Telefon Dan Tablet?

Diterbitkan pada Feb 16, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang sering menjadi tanda tanya oleh pengguna Android adalah apakah masa depan Android untuk para pengguna telefon mudah-alih. Menariknya, hari ini Eric Schmidt mengumumkan dimana Android versi seterusnya, Ice Cream akan mengabungkan Gingerbread untuk telefon dan Honeycomb untuk tablet.

Melaluinya, ianya kini diketahui yang mana Android Ice Cream kelak akan menyokong kedua-dua perantian, termasuk telefon pintar dan juga tablet. Ianya juga mungkin kelak akan membawakan antaramuka yang seragam kepada semua perantian Android, sekaligus memudahkan para pengguna telefon dan juga tablet.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bila manakah Android Ice Cream akan diumumkan secara rasminya, namun begitu, semestinya Google akan menyediakan sesuatu yang menarik kepada para peminat Android pada Google I/O yang akan diadakan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN