Angry Birds Versi Windows Phone dan 3D Akan Diperkenalkan

Angry Birds Versi Windows Phone dan 3D Akan Diperkenalkan

Diterbitkan pada Feb 16, 2011 oleh .

Setelah diperkenalkan pada pelbagai platform mudah-alih, Angry Birds kelak akan diperkenalkan pada Windows Phone tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui bila manakah permainanan popular ini akan tiba di platform Windows Phone.

Selain daripada itu, Angry Birds versi 3D juga akan diperkenalkan tidak lama lagi, namun tidak diketahui untuk platform manakah ianya akan diperkenalkan.

Sepanjang tahun lepas, Angry Birds telah menjadi salah satu fenomena besar, dimana ianya telah menjadi salah satu permainan yang wajib ada pada pelbagai perantian mudah-alih, selain turut diperkenalkan pada desktop. Mungkin tahun ini, kita akan dapat melihat ianya terus berkembang dengan sihat. Sama-sama kita nantikan perkembangan Angry Birds dan Rovio Mobile.


TIPS & ULASAN