Dengan bilangan pengguna Facebook tempatan melangkaui angka 10 juta, kini WebImpian, melalui web pengiklanannya, Mau.my bakal lebih memfokuskan kepada Facebook, dimana kelak mereka akan memperkenalkan aplikasi yang memudahkan para pengguna beriklan secara terus melalui Facebook.
Untuk menjayakan perkara tersebut, mereka akan menggunakan fungsi Page Tab, dimana melaluinya, para pengguna boleh secara terus mengiklankan produk mereka di Fan Pages Mau.my di Facebook ataupun seperti biasa di laman Mau.my seperti biasa.
Selain daripada itu, pihak Mau.my juga akan memperkenalkan beberapa fungsi tambahan tidak lama lagi, termasuk kebolehan untuk menggunakan nama pengguna sebagai nama kedai (contoh : http://mau.my/namapengguna), membolehkan pertukaran latar belakang halaman kedai anda seperti pada Twitter, Friendster dan sebagainya, serta pengintegrasian dengan Facebook, dimana soalan daripada pembeli boleh dihantar terus ke inbox Facebook penjual.
Buat masa ini, ianya tidak diketahui lagi tarikh pasti bila mana semua fungsi ini akan diperkenalkan, namun ianya dijangka tidak lama lagi.