Tiada Perantian Windows Phone Dari Nokia Sebelum Oktober

Tiada Perantian Windows Phone Dari Nokia Sebelum Oktober

Diterbitkan pada Feb 16, 2011 oleh .

Walaupun Nokia dan Microsoft telah pun mengumumkan kerjasama baru-baru ini, selain memperlihatkan konsep telefon Windows Phone pertama mereka, nampaknya tiada perantian Windows Phone akan dikeluarkan oleh Nokia sebelum penghujung bulan Oktober ini.

Ianya diperkatakan yang mana Nokia akan nantikan sehingga versi kemaskini Windows Phone “Mango” dikeluarkan terlebih dahulu sebelum ianya memperkenalkan perantian Windows Phone-nya. Versi kemaskininya kelak juga akan menggunakan nama yang berlainan sedikit berbanding nama Windows Phone 7 yang digunakan sekarang.

Ianya diperkatakan yang mana versi kemaskini Mango kelak akan mungkin menjadi Windows Phone 7.5, dan diikuti dengan Windows Phone 8 pada penghujung tahun 2012. Melalui Mango kelak, ianya akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan HTML5 dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, kerjasama Nokia dan Windows Phone juga mendapat tentangan daripada para peminat Symbian dan Nokia. Mungkin pengeluaran telefon Symbian akan diteruskan, dan perantian MeeGo juga akan menemui pasaran tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN