Google hari ini telah pun melancarkan sebuah sistem pembayaran yang serba baru, yang dipanggil One Pass. Melaluinya, ianya membolehkan para pengeluar kandungan untuk mengenakan bayaran ke atas berita, artikel dan kandungan lain dengan mudah.
Menariknya adalah dimana One Pass membolehkan para pengguna mengawal sepenuhnya, termasuk dari segi harga dan juga akta dan peraturan penggunaan kandungan digital mereka, sekaligus kelihatan agak berbeza sekali dengan Apple.
Google juga menyediakan sebuah platform yang amat unik sekali, untuk memudahkan para pembangun kandungan untuk membangunkan serta menguruskan perhubungan dengan para pelanggan mereka dengan mudah. Pada masa yang sama, ianya juga membolehkan para pengguna dengan mudah membelinya, serta mengaksesnya melalui sebarang perantian.
Buat masa ini, para pembangun kandungan di Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, UK dan US sahaja boleh menggunakan One Pass, dan dijangka akan diperkenalkan di lebih banyak negara dalam masa beberapa bulan lagi.